Friday, July 16, 2010

Saat Lafaz Sakinah

 gambar hiasan

Ya Allah, syahdu sungguh lagu ini...
Sekiranya arwah abah masih ada, mungkin inilah lafaz yang akan disampaikan kepada bakal suamiku nanti...
Ya, rumah tangga itu bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan tuntutan cinta..

Tetapi ia adalah akujanji terhadap 'amanah' yang terpikul oleh seorang bapa..
Tanggungjawab terhadap Sakinah (ketenangan), Mawaddah (kasih-sayang) dan Rahmah (rahmat) dlm rumah tangga...

Saya minat lagu ini dan mencari-cari liriknya..
Apabila dihayati, saya terus terkenang pada abah..

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus

06 Saat Lafaz Sakinah - Far East.mp3

Terasa tempang saat itu nanti tanpamu abah..
Tapi aku redha, Allah lebih menyayangimu...
Al-Fatihah untuk abah..
Anakanda mu amat merinduimu...
Ya Allah, tempatkanlah abah dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman..
Ampunilah dosa-dosanya...
Kasihanilah dia Ya Allah.....
Kasihanilah dia Ya Allah.....
Kasihanilah dia Ya Allah.....

Ya Allah, semoga kami bertemu diSYURGAMU nanti...

10 comments:

pali said...

dah dekat ke masanya ni? congrates~

amami said...

ehemmm2 ~

Za's said...

Saya hanya menyukai lagu ini..tak sangka pulak bab itu..:p T_T

doakan ajelah yea..

nunwowro said...

sengaja didatangkan lagu ini utk eja, spy eja terus2 bermunajat mohonkan kasihan Allah pd ayah.smg perkenan Allah dlm setiap munajat doamu.berbahagialah ayah di sana, sedang kita belum tentu dpt bsamanya nanti.tp tetap didoakan smg ada ptemuan dengannya nanti.

Radieah Mohd Nor said...

Ana pernah dengar ceramah Ust Khazim. Ust cakap dia bangga kerana kehilangan ayah sejak dia berusia dalam kandungan ibunya. Katanya "sekurang-kurangnya saya tidak ada dosa dengan ayah saya. Tak macam orang lain yang ada ayah. Tetapi derhaka kepada ayah. Bila ayahnya tua dicampakkannya ayah tersebut dari dalam hidupnya".

Za's said...

Ustaz Khazim punya ceramah mmg best..
iye,mmg ada hikmahnya Allah ambil nyawa abah dulu..

Tetapi, bg yg masih mempunyai abah, teruskan menyemai bakti anda kpd dia.. Alhamdulillah saya masih mempunyai mak..

pali said...

kak radeah,

ustaz kazim elias ka yang dimaksudkan?

saya baru tahu dia ada ceramah kat belah2 kedah. kat pulau pinang pun ada ka?

Radieah Mohd Nor said...

Ya. Ust Kazim Elias. Ana dengar dari CD dia je. Dia pernah bagi ceramah kat penang tentang Klink Solat. Tulah kali pertama dan kali terakhir ana pernah jumpa dia.

Anonymous said...

Amanah....
Bak kater Guru di Labuan "Ketika manuasia bergumbira menerima amanah, duyung menangis mendapatnya...kerana takut tak terpikul tanggungjawab yg datang bersamanya... isteri adalah amanah, anak adalah amanah,harta adalah amanah... terjawabkah kita tatkala ditanya tentang amanah2 ini disana nanti???

Za's said...

to ano..
hukhuk..banyaknya amanah yg telah diabaikan, bukan setakat dlm keluarga bahkan juga di tempat kerja..