Wednesday, August 25, 2010

SMS tunai zakat fitrah..

Sedar tak sedar, kini sudah masuk 15 Ramadan. Hanya tinggal kira-kira 14 hari lagi untuk kita terus mencicipi udara Ramadan ini. Sedih mengenangkan, Ramadan yang bakal pergi…

Dalam pada itu, isu zakat fitrah tetap menjadi keutamaan. Zakat fitrah ini sinonim amat dengan umat Islam di Malaysia. Sebab itulah LZS terus berusaha untuk meuar-uarkan bahawa Ramadan bukan sekadar zakat fitrah, tunaikan juga zakat harta.
fitrah
Tiada lagi alasan tidak menunaikan zakat fitrah

LZS telah melancarkan pembayaran zakat fitrah dengan SMS. Celcom pula merupakan ‘provider’ kepada servis ini. Celcom menganggap ia sebagai social responsiblity mereka. Terima kasihlah ya!
Jadi, bagaimana? Bersedia menjelaskan zakat fitrah anda dengan SMS? Caranya mudah sahaja….

1) Taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999
(Nanti akan ada balasan arahan selanjutnya)
2) Sila taip A1 (RM7) dan hantarkan ke 21999
3) Balas dengan nama dan no. I/C, dan bilangan orang…contoh: Ali bin Abu, 801221102552, 5
4) Anda akan dapat balasan LAFAZ dan balas YA atau TIDAK dan hantar ke 21999
5) Anda akan dapat resit bayaran melalui SMS…

p/s:  Caj untuk menghantar dan menerima SMS adalah PERCUMA.

Kalau baki kredit tidak mencukupi, anda boleh melakukan fitrah anda dgn khidmat transfer kredit..silalah ke link berikut yea..

sumber: http://blog.e-zakat.com.my/


No comments: