Monday, September 29, 2014

Blogger Apps

Assalamualaikum...

Hari isnin menjengah lagi...saya masih didalam komuter dalam perjalanan ke tempat kerja. Selalunya perjalanan ketempat kerja memakan masa selama lebih kurang 1 jam, bergantung kepada kelajuan tren dan kelajuan saya berjalan. Ketika saya menaip perkataan ini, saya masih berada di stesen serdang...ya...sikit lagi tren ini akan bergerak ke stesen bts..

Ok...tren dah gerak pun...

Post kali ini saya nak kongsikan tentang applikasi "bloger" yang baru saya muat turun semalam. Apa saja kelebihan applikasi ini ya?...emmm...boleh dikatakan kelebihan dia cuma memudahkan kerja saya menaip post baru dan memuat naik gambar dengan hanya menggunakan telefon pintar saja.. tidak perlu menhadap pc mahupun laptoo...hehe..

Yeay!!!

Selepas ini mungkin blog ini kerap dikemas kini...InsyaAllah....

Siapa mahukan aplikasi ini? Cari ia di stor mainan ya...hahaha...

Mode: Utamakan bahasa tempatan.

Mari mulakan kerja dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

No comments: