Sunday, December 21, 2014

Cameron Highland Visit 2014

Lamanya xbuat post baru.. walhal 2 bulan baru2 ni xde busy mana pun..

Iyolah...

Ni saje nak share sikit2 cerita masa g "melawat" cameron highland baru2 ni..

Hotel

Bermula dengan pencarian tempat menginap yg murah, best & senang nk cari tempat makan (ini adalah perkara terpenting masa nk cari hotel k)

Saya tanyakan pendapat kawan2 yg pernah sampai ke sana... antara pilihan yg ada ialah copthorne (dulu equitorial) & satu lagi hotel kt tanah rata, xingat nama.. dan kami pilih copthorne! Sekali sarapan k.. harga reasonable!! Tmpt sgt strategik, berdekatan kea farm (tmpat jual sayur2 segar) dan bermacam2 jenis strawberry farm...

Kami sampai kira2 jam 5.30 petang, bertolak dr taiping kira2 jam 3.. perjalanan agak memakan masa dek kerana hujan renyai2 disepanjang jalan dr simpang pulai menuju CH...

Sesampai kt hotel, kami berbaring2an sebentar sebelum keluar semula untuk mkn mlm... selalunya tempat makan pd hari pertama, kami akan terjah mana yg terjumpa saja... xsempat nk blogwalking lagi...

Malam tu kami makan kat brincang. Terjumpa gerai makan melayu tepi jalan yg xde orang pun. Masakan boleh tahan sedap cuma nasik xberapa byk. Rasa mcm incik abg i xcukup kenyang..hehe.. lepas mkn, kami cari baju sejuk untuk incik abg (almaklum, selepas berjaya menurunkan 14kilo dalam masa 2 bulan, dia agak kesejukan sbb dah xde lemak😅😅) sape2 rasa nk kurus boleh tanya en.suhaimi yer...

Agenda Hari Kedua

Pagi2 kami turun sarapan.. lebih kurang 1 jam menikmati makanan yg ada, kami pun bergambar2 disekitar hotel.. kunun2 nk merasa berada di musim sejuk.. berikut dibawah nanti boleh saksikan hasilnya..

Lps penat2 bergambar, kami bergerak ke taman lavender dan meng'etik2' barang sekeping dua gambar..hehe.. seterusnya bergerak ke taman rama2.. dan lepas tu kami cari mkn tghr kat brincang (kira2 3 kilometer dr hotel kami).. disebabkan dekat area hotel kami tu, mcm xnampak je restoran melayu..huhuhu.. jdnye, terpaksa merantau sampai brinchang. Xde la jauh sgt pun..

Dan berkebetulan masa mkn tu ternampak signboard big red strawberry farm.. kikiki...ape lagi, port mkn mmg terbaik dan yg paling penting gulai tempoyak ikan patin dia sodap...kat area situ ade beberapa kedai mkn melayu yg best2 gak la...

Lepas mkn, kami bergerak ke BRSF td dan mengetik2 beberapa keping gambar lagi.. sayur2 kat sini punyerla fresh... rasa mcm nk jd kambing je mkn segar2 kat kebun....hehe... hampir usai bergambar, turun la hujan rahmat dengan lebatnya masa tu, dan kami terkandas agak lama disitu sambil melayan fb...kikiki...

Habis masa lawatan, kami balik ke hotel berehat sampai maghrib... mlm baru kluar semula ibarat sang serigala mencari mangsa.. kami laparrrr!!!! Haa... mlm tu mkn kat pok nik ikan bakar brinchang... bringchang lagi?? As i said earlier, kat cni jer mcm byk restoran melayu k... lepas mkn, jalan2 pasar mlm brinchang jap & kami pulang beradu...

Hari terakhir dah..

Esoknye pulak, misi terakhir mencari ladang teh... alhamdulillah jumpa tea alley dalam perjalanan turun melalui tapah... ketikan gambar berlaku lagi dan kami terus pulang ke rumah bonda melalui jalan tapah yg sangat mencabar..

Gambar

Macam biasa, inilah hasil ketik2an dan sell fish kami kat sana...hehehe..

No comments: