Friday, October 22, 2010

Kerja Kosong : Mandiri International Remmittance Sdn. Bhd.

Sukacita dimaklumkan, Mandiri International Remmittance Sdn. Bhd. sedang mencari teller dalam usaha mengembangkan Industri kiriman wang ke Indonesia.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar resume ke email saya di itqan07@gmail.com

Kelayakan: Lulusan SPM/Diploma, boleh berbahasa Indonesia dan English (diutamakan)...

Office hour: 5 hari seminggu termasuk Sabtu Ahad

Kemasukan: SEGERA (1 Nov 2010)

Alamat Office: Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Sekian terima kasih..

Thursday, October 21, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Dup dap dup dap...

Semakin masa menghampiri, semakin berdebar hati ini..

Kalau ikutkan hati, saat itu, biar dilalui bersama kaum keluarga sahaja...

Tetapi apakan daya...kaum keluarga ku besar amat!

Dengan persiapan yg tak siap2..(hahaha)

Ishk3, teruk tul plan saya..seolah2 takde plan...tapi plannyer byk tapi tak brape kemas..

Cuma satu harapan saya tika ini...semoga Allah permudahkan urusan temujanji di klinik tu...Semoga Allah lapangkan masa Tok Na'ib di tarikh ituuu...Semoga dan semoga segalanya dipermudahkan Allah...

Amin ya Rabb..

Thursday, October 7, 2010

Doa

Hari-hari kita baca doa ini...
Lebih dari 5 kali..
Tapi kadang-kadang kita alpa akan maksudnya..
kita leka dengan permintaan kita sendiri..
Bagaimana mungkin Allah akan makbulkan permintaan yg kita sendiri fahami dan mengerti..
Tambahan pula tiada kesungguhan..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk
di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin
sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita
masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan
ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima
kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin
banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan
rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..

Wednesday, August 25, 2010

SMS tunai zakat fitrah..

Sedar tak sedar, kini sudah masuk 15 Ramadan. Hanya tinggal kira-kira 14 hari lagi untuk kita terus mencicipi udara Ramadan ini. Sedih mengenangkan, Ramadan yang bakal pergi…

Dalam pada itu, isu zakat fitrah tetap menjadi keutamaan. Zakat fitrah ini sinonim amat dengan umat Islam di Malaysia. Sebab itulah LZS terus berusaha untuk meuar-uarkan bahawa Ramadan bukan sekadar zakat fitrah, tunaikan juga zakat harta.
fitrah
Tiada lagi alasan tidak menunaikan zakat fitrah

LZS telah melancarkan pembayaran zakat fitrah dengan SMS. Celcom pula merupakan ‘provider’ kepada servis ini. Celcom menganggap ia sebagai social responsiblity mereka. Terima kasihlah ya!
Jadi, bagaimana? Bersedia menjelaskan zakat fitrah anda dengan SMS? Caranya mudah sahaja….

1) Taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999
(Nanti akan ada balasan arahan selanjutnya)
2) Sila taip A1 (RM7) dan hantarkan ke 21999
3) Balas dengan nama dan no. I/C, dan bilangan orang…contoh: Ali bin Abu, 801221102552, 5
4) Anda akan dapat balasan LAFAZ dan balas YA atau TIDAK dan hantar ke 21999
5) Anda akan dapat resit bayaran melalui SMS…

p/s:  Caj untuk menghantar dan menerima SMS adalah PERCUMA.

Kalau baki kredit tidak mencukupi, anda boleh melakukan fitrah anda dgn khidmat transfer kredit..silalah ke link berikut yea..

sumber: http://blog.e-zakat.com.my/


Friday, August 20, 2010

MaCaM-MaCaM KaReNaH RamaDhaN..


Kisah 1:

Seorang tok Imam sedang mengaji di Masjid Kampung di ibu kota..

Tiba-tiba masjid tersebut didatangi oleh seorang hamba Allah yang 'berada' bersama kereta Mercedesnya.. Pon pon...pon pon.. Hon dibunyikan oleh pemuda tadi. Tok Imam ni pun berhenti mengaji dan pergi ke belakang melihat siapakah gerangan yg menjadi tetamunya petang ini. Sesampai di kereta, boot kereta dibuka dan tok imam terus la melihat apa yg ada di dalamnya.. Ada pisang untuk juadah berbuka..

Lalu tok imam pergi kehadapan dan berjumpa dengan hamba Allah yg baik hati itu. Terkejut tok imam bila melihat hamba Allah tu pakai seluar pendek je!Tok imam pun tak jadi ambil pisang tu. Dia tutup boot kereta lalu berkata, "Hang pi juai pisang ni, pastu hang pi beli seluaq panjang buat pakai..Sedekah ni sunat, tutup aurat tu wajib!"

ishk3...haru!

Moral: Dahulukan yang wajib, baru ditambah yg sunat..mmg, bagi mkn org berbuka, kita dapat pahala sama byk dgn org berbuka tanpa mengurangkan sedikitpun pahala mereka.. Tetapi, alangkah molek sekiranya kita juga berpuasa! dan menjaga batas2 aurat kita..

Kisah 2:

Suatu petang di Bazaar Ramadhan di bandaraya Ipoh..

Saya, adik2 dan emak pergi ke Ipoh untuk mencari sesuatu.. Apabila petang, kami dijemput untuk berbuka di rumah sepupu saya di Ipoh.. Bincang punya bincang, kami setuju untuk berbuka di sana. Sebelum ke rumah sepupu, kami singgah di bazar ramadhan berdekatan Stadium Ipoh. Selesai memarkir kereta, emak dan adik2 pun keluar mencari beberapa kuih sebagai juadah berbuka. Saya hanya menunggu dikereta kerana sudah kepenatan berjalan.. Sambil menunggu, saya menelaah buku Transformasi Ramadhan yang dibawa..

Alangkah terkejutnya saya, bila terlihat ada penggerai yg dengan slumber nya mkn kat dlm van di tepi jalan. Lelaki dewasa pulak tu! Alahuakbar.. Malang sungguh saya kerana tiada menyimpan no. telefon JAIP ketika itu.. Dan sekiranya ada sekalipun, mungkin pejabatnya sudah tutup.. Kepada warga Ipoh yang membaca cerita ini, lakukanlah sesuatu! Boikot penggerai itu! Jangan sampai kita dikira bersubahat kerana membeli di kedainya..Kalau bukan kita yang bertindak, siapa lagi kan? Biar dia rugi kat dunia lagi.

Moral: Org perempuan yg takleh puasa pun takdak la sanggup mkn secara terbuka! Kalau Upin dan Ipin tahu nie, mesti depa kata, "Geeeram, geram, geram....elok sunatkan lagi sekali aje atok dan pakcik tuu..!"


Kisah 3:

Tazkirah selepas rakaat keempat terawih.

Kali kedua saya pi terawih di surau yg ada tazkirah pada rakaat keempat. Kagum dengan semangat ahli qariah yang berebut memenuhkan surau untuk merebut pahala di bulan ini! Sehingga ada sahabat saya yang terpaksa mencari surau lain untuk berterawih.. Saya suka cara surau ni buat tazkirah. Bagi saya, ada dua kelebihan bila kita buat tazkirah selepas rakaat keempat:

Pertama: Mustami'iin (pendengar) yang ramai..

Kedua: Sesuai dengan konsep terawih yg bermaksud berehat-rehat. Tak perlu terkejar-kejar..buat 8 rakaat dah cukup, tapi ada pengisian. Cuma, ustaz yg dipilih tu mesti lah yg bersesuaian.. Iyalah, saat kemuncak mengantuk kan masa tu...

Kisah 4:

Saya seronok tengok keadaan surau2 yg dipenuhi manusia dalam sepanjang perjalanan pulang ke kotaraya pada malam isnin yang lalu. Namun jauh di dalam hati saya tertanya-tanya, adakah keadaan yg sama berlaku pada mlm2 lain di sebelas bulan berikutnya?

Kekuatan umat islam dapat diukur pada ramainya yg solat subuh secara berjemaah..

Saya ingin menyeru (bagi pihak kerajaan), ayuh kita meramaikan umat! huhh.. (ada kaitan ker?)
Tapi, kalau ramai umat tak berkualiti pun, susah juge kan?

Kita hakikatnya belum kuat..

owh..Malaysiaku...