Wednesday, December 23, 2009

Salam Terakhir....


gambar hiasan

Kita hanya berpisah didunia..
Walau perkenalan sementara cuma...
namun,
detik2 terindah ketika sama-sama bergurau senda...
detik2 pahit ketika kita berduka...
semuanya itu dugaan dan cabaran di dunia..
sabarlah..
tabahlah..
bersemangatlah..
kerana perjalanan kita tak berakhir di sini...
kehidupan kekal abadi sedang menanti..
entah bila kita dijemput ilahi..

semoga kita sentiasa bersiap sedia..
kerna hidup didunia tidak kekal lama..
akhirat jua yg selama-lamanya....

salam ini bukan yg terakhir
bukan juga yg pertama (sbb hari2 dok bg salam kat bilik)..
namun, ku yakin ini yang teristimewa...
pasti!
amat sekali!
bersangatan!!
(cukup la tu kot..:p)

walau jauh dimata,
kamu tetap dihatiku selamanya..dengan izin Allah..

Selamat Maju Jaya EZA!!
Sama2 kita berhijrah!
dengan hijrah yang diredhainya..
buang segala kekeruhan dalam hati..
maafkan setiap org disekelilingmu..nescaya, hatimu akan lebih terang dan tenang!

p/s; teruskan kerajinan mu menimba ilmu ya!
lagi2 ilmu agama..
ana tak layak nak jd contoh terbaik..
kerana ana juga bukan terbaik..


Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.

"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput."

"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. "

(Riwayat Bukhari)

...Salam yang takkan berakhir...
sekian..


2 comments:

Eza said...

siap ade post khas utk eza..terharu lak.
hehehe..thanks ieja atas sgala teguran&nasihat..
InsyaAllah eza akan teruskan perjuangan g belum selesai..& sntiasa mencari ilmu yg tiada penghujungnya..kemaafan sntiasa ada buat semua.tiada niat berdendam pd siapa2 sbb takde apepon yg nak didendamkan.siapalah kite ni insan yg kerdil yg serba kekurangan yg sntiasa mencari peluang utk perbaiki diri...

tq once again..take care..

ct cucubi said...

sedih lah plak post kali ni... mmmm... sama2 perbaiki diri menjadi lebih baik..