Tuesday, December 1, 2009

Watiqah buat pemaisuri....


Di musim2 cuti ni, ada ramai sahabat2 yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan, mungkin ramai yang mengimpikan saat bahagia ni..



Sekalung TAHNIAH ana ucapkan buat...

Ukhti Sakinah dan Akh. Samawi..
Ukhti Shirah dan ally..
Ukhti Nadiah dan Akh. Zaki..oppss..yg ni pengantin dah ada baby..kawen tahun lepas..(satgi tak wish merajuk plak)
Ukhti Fatimah dan Akh. Syafirul
Ukhti Aza dan suami
Ukhti Wan Shima dan Akh. Ramzi
dll...

Watikahnya...

Antara kekasih pilihan di hati suami,
Isteri yg berbudi dan pandai menghias diri,
Berwajah lembut, berpekerti tinggi, perhiasan duniawi..
Malu bertempat, kata berhemat, hati tulus suci dan murni...

Duhai permaisuri di hati suami,
Penghibur duka, pengubat lara, peneman setia, penyejuk mata..

Engkau umpama tongkat sibuta,
Penunjuk jalan dikala kebuntuan..
Pemberi semangat dan kekuatan..

Terima kasih pemaisuri, kau hadiahkan suamimu permata hati,
pahlawan dan srikandi penerus generasi..

Semoga dikau bahagia bersama, sampai kepadaNya di syurga sana...

Impian, harapan dan kenyataan..

Baru terbaca entry terbaru ustaz Hasrizal.

Tips yang ustaz kongsikan ialah bagaimana nak mengurangkan SEPATUTNYA dalam hidup..

Tips yang amat baik..

Kita tidak sepatutnya meletakkan harapan yg tinggi kepada bakal suami/isteri.kerana sekiranya harapan tersebut tidak dipenuhi, ianya bakal mendatangkan kekecewaan dan akhirnya boleh meretakkan dinding rumah tangga yg terbina..Analoginya mudah, "beri yg terbaik, kita akan dapat yg terbaik"..mudah bukan? ttp, walau semudah manapun analoginya, ia tidak akan menjadi realiti jika kita tidak mengalaminya sendiri.(err..pelik jer bnyi ayat ni).. Dan seterusnya mempraktikkannya..
huhh..gerun juga dibuatnya apabila difikir2kan..

Namun demikian, kerjasama kedua-dua pihak (suami dan isteri) amatlah diperlukan..Bak kata Ust. hasrizal,

“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga?”

Persoalannya, mampukah kita mempertahankan kerukunan rumah tangga kita? dan macam mana tu caranya ya?

“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!”

Indah sungguh kata-kata ini!!

Sifirnya lebih kurang begini: Ilmu + Iman - Nafsu = bahagia

Mabruuk 'alaikumm!!

6 comments:

sarahfazalul said...

moga sahabat2 kita bahagia sampai syurga, iAllah

p/s: 'sepatutnya' ija dah kena kawen..ehehe. just kidding ya~

Nadiah Sidek said...

perli nmpk :p. ha..ija bila pulak? btw, sakinah & shirah tu sape? kang akk tersalah org lak kang

Za's said...

to sarah: InsyaAllah mereka akan bahagia apabila mendahulukan akal sblm nafsu.. amboi2..tak 'sepatutnya' laa..:p

Za's said...

to kak nadiah: sy tunggu putera kayangan yang 'SEPATUTNYA' dtg melamar sy..:p haha..

sakinah tu kak Sakinah Ahmad Akhri. Shirah tu pulak kawan opis sy, Nur Bashirah Nasirin..:D

jgn salah org yea..

joyah said...

hihihi... ieja ni ramai jer yg nak... dier yg jual mahal... kan ieja kan... hang jd kakak ipaq aku nak? atau mak cik ipaq aku atau sepupu ipaq aku... hik3...

Za's said...

ni joyah mane lak nie?? mesti fida nie...hang ada abang ka?