Tuesday, August 10, 2010

BuKu2 dikala ramadhan..

Sepertimana biasa, aktivitiku semasa rehat..
Selain mkn2 dan mengunyap, saya suka tidur sebentar atau memblogging kan diri di masa rehat..

Walaubagaimanpun, di tgh hari ini saya memutuskan untuk mencari buku "Pemiik Cintaku" karangan Fatimah Syarha di kedai buku berhampiran.. Nama kedai buku itu ialah Tajrid Enterprise..

Dek kerana niatku hanya untuk membeli buku itu yang berharga RM12, maka genap RM20 sahaja yg kubawa dlm genggaman.. Ini adalah salah satu teknik belanja sekadar keperluan, selain dapat mengelakkn diri ini dari membeli buku yg tiada dalam senarai.. Kalau diikutkan hati, nk bwk RM12 tepat-tepat.. tapi takda la pulak rm2 kat dlm purse..

Tepat pkul satu, aku mengorak langkah ke kedai buku tersebut..adalah dalam 5minit perjalanan.. ditambah masa melintas 2 traffic light sekitar 10 minit.. Sesampai di kedai, mata terus melilau mencari buku yg diingini.. Jumpa!! Alhamdulillah... Ku genggam buku itu erat2..dalam hati, "kau kini milikku"


Hati masih tidak puas dengan wang yang berbaki, kakiku terus melilau2 dalam kedai itu dan mencari mana-mana buku menarik dengan harga RM8..Boleh bwk balik 2 buku.. Two is better than one!

Pusing punya pusing, terpandang buku "Transformasi Ramadhan" karangan Ust. Hasrizal Abd. Jamil.. Adeyh, duit tak cukup la pulak!  Bila dah ada pilihan, terpaksa lah membuat pilihan.. Pilihan pula mesti dibuat berdasarkan keutamaan.. Ramadhan lebih utama.. Namun tidak bermakna "Pemilik Cintaku" itu tidak utama.. cuma ianya ditangguhkan buat sementara waktu.. Lepas ramadhan, akan kubaca buku itu InsyaAllah..


Inilah buku baru saya...
Saya amat seronok kerana dapat memilikinya dengan harga istimewa..(diskaun la) .. Kalau dekat popular tak dapat kot harga ni.. Dan yang paling penting, pemilik kedai buku ini adalah seorang muslim! Baki yang tinggal kubeli buku doa karangan Ust. Zahazan yang emak cari2.. Alhamdulillah, kedua-dua buku kuperoleh dgn harga RM20..

Terima kasih Allah...
Terima kasih Tajrid Enterprise..
Terima kasih scha yang memperkenalkan buku "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul"..
Terima kasih syira dan sarah yang meng'offer meminjamkan buku "Pemilik Cintaku" dan "Syabab Musafir kasih"

Salam Ramadhan..
Transform yuk!

4 comments:

Nadiah Sidek said...

selamat berpuasa ija! lain kali bwk duit lebih sikit. tiap 1 buku beli 2, 1 blh hadiahkan kat akak. besar tau pahalanya ^_^

Za's said...

ahahha, bijak la cadangan kak nadiah tuu..:p pandai nae memancing.. InsyaAllah,nanti kalau dah jd tokey kedai buku, sy bg buku kat akk dgn harga diskaun..haha..(still kena bayaq laa):p

Noor Asyila said...

hehe, sy dah baca dah buku pemilik cintaku tu! :D

ape ni, adik bace dulu dari kakak :P

btw, slmt berpuasa :)

Za's said...

ohoho...adik baca dulu yea...maknenyer, adik la nk langsung dulu..ishk3..langkah bendul nie..:p