Saturday, April 30, 2016

Kewibawaan Abah dan kasih sayang mak

Kami dilahirkan 8 beradik seibu sebapa. 6 daripadanya sudahpun mendirikan rumah tangga. Alhamdulilah...

Biasalah hidup berkeluarga ramai. Ketika perasaan gembira menjengah, pasti kamilah yang paling bahagia. Namun, adakalanya duka yang hadir tanpa diminta.

Namun begitu, kami tetap merasa kasih sayang Allah dalam kehidupan kami. Allah cukupkan makan pakai kami. Allah beri kami kesihatan yg tidak berbelah bagi. Allah lindungi kami dari kemalangan yang ngeri. Allah panjangkan usia kami. Allah beri keceriaan pada anak2 kami. Agak-agaknya, dari mana datang semua ini?

Ya.. semua yg kami peroleh hingga ke hari ini adalah 'kuasa doa' seorang ibu....

Mak,

Dia bangun di setiap sepertiga malam. Mak bertahajjud mendoakan kebahagian anak2nya dunia akhirat. Mungkin atas asbab itu, walaupun diwaktu pagi kita rajuk pada sisuami, sebelum tengahari, rajuk itu terpujuk sendiri. Atas berkat doa itu juga, rezeki Allah hadir tanpa dipaksa dan dalam pelbagai rupa.

Tapi kita? Usahkan bangun tahajud doa pada Allah kurniakan kebahagian mak dunia akhirat, nak bangun doa untuk diri sendiri pun terasa amat berat.. Allahu Allah....!

Abah,

Dikala hayatnya, dia terlalu sibuk membanting tulang empat kerat menyara anak2. Abah, walau tiada pendidikan tinggi, peribadi dan perwatakannya jauh lebih terkedepan. Prinsip abah mudah, "0" hutang. Dengan kudrat yg ada, abah merantau cari kerja. Membesarkan 16 orang anak2nya. Abah beli motor (pada masa itu harga motor mencecah ke RM7k) tanpa hutang..

Abah, tetap hormat dan menjaga ibunya walaupon dia sering dilupakan semasa kecil oleh keluarganya. Abah sangat pemurah dan rajin bersedekah. Pd orang tua, dan adik beradiknya.

Masih tergambar kegembiraan pada wajah abah ms majlis perkahwinan along.. kenduri paling meriah dan rupa2nya kenduri terakhir kami bersama abah. Abah x pernah berdendam dan menyalahkan orang lain atau takdir..

Anak2 abh ramai,  tp abah x sempat nak merasa duit anak2.. Abah korbankan kehidupannya demi menyara anak2, tetapi tidak dapat merasa 'hasil' dari kerja kerasnya itu..

Syukur mak msh ada, lepas abah pergi meninggalkan kami, mak pula membanting tulang 4 kerat, menyara kami 7 beradik yg masih skolah. Mak yang selama ini adalah surirumah sepenuh masa, bekerja mengambil upah memotong buah kelapa sawit. Bayangkan kudrat seorg wanita yg baru kehilngan suami ketika itu. Kudrat itu jugalah yg membesarkn kami sehingga kehari ini...

Syukur ya Allah, kami masih berpeluang merasa berkat doa seorang ibu.....Allah masih x murka pd dosa2 dan kelalaian kami kerana 'doa seorang ibu'....

Suatu hari nanti, kita pasti akan merindui doa itu... PASTI!

No comments: