Assalamualaikum..
27/03/2017, genap usia kandungan mencecah 25 minggu 4hari.. segunung kesyukuran ku rafakkn kepada Sang Pencipta diatas kurniaan yg maha besar ini.... setelah hampir 6 tahun menanti, akhirnya Allah akhiri penantian yg panjang ini dgn kurniaanya yang tidak terhingga. Masih kuigt ketika aku menjalani ujian upt slps sebulan kami rehat dari ubat2an hospital, dan selepas 2 kali iui kami gagal, terasa bagai bermimpi.. Benarlah kata2 Allah, tiada yg mustahil bagiNya..
Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah..
Ketika di trimester pertama, Alhamdulillah morning sickness tersangat kurang...cuma terkadang sakit kepala menjelma dan ada kala (jarang sekali) muntah2... tidak sah la kalau tiada muntah2 kan... namun di fasa ini, aku dan suami sentiasa berhati2 dalam setiap gerak geri seharian... ramai yg berpesan "jaga kandunga baik2".. Walaupn telah cuba melakukan yg terbaik spt menjaga makan dan pergerakan, jauh disudut hati kerisauan masih ada... almaklumlah first timer!! Pada trimester ini juga kurangnya perubahan pada bentuk tubuh mama, nk merasa pergerakan baby, jauh sekali! Jadinya, hanya doa yg mampu kupanjatkan semoga kehamilan ini diberkati dan dilindungi Allah seadanya...
Kini, ketika kandungan sudahpun mencecah usia 6 bulan, kepada Allah jua kami panjatkan kesyukuran... Semoga bayi ini terus membesar dgn sihat dan sempurna sehingga saat kelahirannya nanti...
Tarikh jangkaan kelahirannya begitu hampir dengan tarikh kelahiranku. Semoga Allah pelihara kandungan ini sehingga ke minggu 39.. Semoga bayi ini lahir secara normal dan semoga proses kelahirannya dipermudahkan Allah...
Amiin...Amiin...Ya Rabbal Alamiin...
P/s: nanti mama update lagi apa yg boleh diupdate..Insya Allah....
No comments:
Post a Comment