Saturday, January 2, 2010

16 Muharram 1431H

gambar: sambutan tahun baru di klcc..


Bersamaan 2 Januari 2010...

erm..walaupun hari2 dok bukak blog sendiri (sbb kat page blog ku ada kelender islam..huhu..), tp bila ditanya apa tarikh bulan islam hari ni, ana akan ragu2 atau mmg langsung tak ingat tarikh bulan islam hari ini...huhu..

teruk bukan?

sudah 16 hari tahun baru hijrah berlalu, dalam 16 hari ni ape yang ieja dah buat yea? apa yg diazamkan? Malu untuk ana berkongsi apadia azam ana disini..apatah lagi azam yang di 'set' 15 hari lewat dr tarikh sepatutnya (sepatutnya tanam azam pd tahun hijri, bukan masihi)..huhu..hanya semalam, syaza bertanyakan ape azam br ana..dan tanpa segan silu, ana kongsikan azam ana kepada beliau..hehe... Dan yang seronoknya, dia pun nak azam kan perkara yg sama..

Tahun ini, ana hanya menerima 2mesej tahun br hijrah iaitu dr shahira n shakina..thanks a lot! Shahira mmg sangat rajin menghantar mesej setiap kali peristiwa besar islam berlaku..mesej kina pula, adalah seperti berikut:

(nasib baik tak delete lagi)
"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan dan Allah tak pernah 'mengambil' sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik.."[Salam Ma'al Hijrah]

Betapa bila kita bersendirian, perilaku kita sama sekali berbeza dgn kelakuan ketika mana dihadapan khalayak ramai..Ketika mana kita sakit, baru kita sedar akan kesabaran kita..apabila bermasalah, kita akan lebih matang dalam mencari penyelesaiyannya..dan ketika Allah mengambil sesuatu yg kita sayang (namun ianya bukan milik kita), Allah menjanjikan sesuatu yg lebih baik, seandai kita bersabar dengan kehilangan sementara tersebut..

Setelah 365 hari dalam tahun 2009 berlalu, berapa banyak agaknya kebajikan yg kita dah buat..
mungkin ada yg seco'et...
mungkin juga ada yg menabur kebajikan berdozen2, namun mengharapkan pujian dan balasan...
ada juga yg bersederhana dlm melakukan kebajikan...

semoga tahun ini lebih baik dr sebelumnya...

semoga tahun 2010 lebih cemerlang drpd tahun 2009..

semoga 1431 hijrah membawa kepada penghijrahan drpd BAIK kepada LEBIH BAIK..

Semoga dan semoga kita terus istiqamah dlm melakukan kebajikan..

erm..untuk pengetahuan semua, tahun ini buat pertama kalinya ana menyaksikan sambutan tahun baru 2010 di KLCC secara life...

Ada dua suasana yg berbeza. Di satu sudut, terdapat ramai pasangan2 yg belum diikat secara sah berasmara dan bercengkerama di padang dan kolam. namun tidak dinafikan, ramai juga ibubapa yang membawa anak2 dan keluarga menyaksikan persembahan bunga api..hanya diwaktu kemuncak iaitu pada pukul 11:56..Manakala di sudut lain (iaitu di masjid KLCC), turut diadakan sambutan secara islamik iaitu dgn mengadakan forum agama dan persembahan nasyid dari kumpulan UNIC.. tahniah diucapkan kepada warga masjid assyakirin..mereka juga menganjurkan qiamullail di masjid dan sambutannya amat2 menggalakkan..

Cantik bunga api tu, memang cantik..macam2 warna dan macam2 gaya..masing2 mempunyai gaya tersndiri dalam meletupkan diri masing2..namun, jauh disudut hati terasa gerun..Gerun melihat aksi2 adik2 remaja ku..gerun mendengar letupan bunga api yang seakan2 bunyi BOM..
betuuulll...tak tiipuuu...kalau tak percaya, next year boleh p tengok pulak..tapi pastikan anda berada di dalam masjid ya..!:p

A new year, A new start, A new chapter and A new beginning..praise be to Allah..Thank you Allah..










Thursday, December 31, 2009

Perpisahan...lagi dan lagi...

Tahun 1430 berlalu...diganti dengan 1431....

Tahun 2008 berlalu....diganti dengan 2009..eh, bukan2..tu tahun lepas punyer..

Tahun 2009 berlalu...diganti dengan 2010...

Zaman kanak-kanak hingusan berlalu 17 tahun yang lalu, diganti dengan zaman remaja dan kini dewasa sudaa...


Erm...Setiap yang bermula, pasti akan berakhir..

setiap yg 'single' akan berteman..

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah...

bak kata kakak 'kesayangan' saya : "baru la advanture!"

Semoga kita bertemu lagi...

andai bukan di dunia, mudah2an ianya disyurga nanti...


Saya sayang anda semua : KAK FAZU, KAK SUE, KERRY & EZA (belakang dari kiri)

Maafkan diri ini andai pernah terkasar bahasa, terlanjur tutur kata..

terhutang (sila tuntut)

terpukul, tercubit (boleh balas)

dan segala TER.. samada sengaja ataupun tidak..

*******

Walaupun air muka saya nampak gembira, namun hati sy pedih menanggung rasa...

hanya tuhan yg tahu..



Selamat meneruskan kehidupan...

Salam Ma'al Hijrah..

Selamat Tahun baru 2010..



Saturday, December 26, 2009

My TRiP tO SaBaH...

In the name of Allah..

Lets pictures tell everythings...




ni pic atas ferry, dr labuan nak ke Kota kinabalu..erkk..ye ker??

Mount Kinabalu, Abg Ram, k.lang, angah, me n anak2 burung..tihehe..
oops..lupe pulak, ade kren sesat kat belakang..:p

at pines hotel..tak tidoq sini pun.. mai bergambaq sahaja..:D
ni jam 7.00 pagi rasanya..tak lama lepas tu tak nampak dah gunung kinabalu..awan putih sudah marii..

handsome boy: akmal
cute little princess: sakinah
pretty smart girl: farhana
mmm...geram..geram..geram...
ni anak2 kak lang saya..

my beloved sisters with the kids..
kat belakang tu gunung kinabalu dah kena tutup awan..

sweetnyer....

budak kecik ni takut nak masuk air..hehe
sebab dalam air tu ada ikan yg lebih besar dr kaki dier..:D

mak buyong, kakak n I...
(ada satu hari, kakak ni tulis dalam buku sy, "I love you Mak dak"..
hehe...I love you too dear..how sweet are you..

angah, sakinah & abg ngah..

k.lang, alang & anak2nyer..

budak shomel...

budak cute..

budak manje...


sekian sahaja...
seronok mengembara sebenarnya...
betapa indahnya bumi ciptaan Allah...
Betapa luasnya dunia...
betapa dunia itu perhiasan...

dan..
betapa kerdilnya diri ini...
i am nothing..?

andai gunung itu Allah perintahkan hancur?
andai Allah perintahkan laut untuk menenggelamkan ferry?

maka berakhirlah dunia...

syurga itu lebih indah..
dan kekal..

Ya Allah..satukanlah hati2 kami...


Daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu(untuk mengolah dan memakmurkan) . Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."


Wednesday, December 23, 2009

Salam Terakhir....


gambar hiasan

Kita hanya berpisah didunia..
Walau perkenalan sementara cuma...
namun,
detik2 terindah ketika sama-sama bergurau senda...
detik2 pahit ketika kita berduka...
semuanya itu dugaan dan cabaran di dunia..
sabarlah..
tabahlah..
bersemangatlah..
kerana perjalanan kita tak berakhir di sini...
kehidupan kekal abadi sedang menanti..
entah bila kita dijemput ilahi..

semoga kita sentiasa bersiap sedia..
kerna hidup didunia tidak kekal lama..
akhirat jua yg selama-lamanya....

salam ini bukan yg terakhir
bukan juga yg pertama (sbb hari2 dok bg salam kat bilik)..
namun, ku yakin ini yang teristimewa...
pasti!
amat sekali!
bersangatan!!
(cukup la tu kot..:p)

walau jauh dimata,
kamu tetap dihatiku selamanya..dengan izin Allah..

Selamat Maju Jaya EZA!!
Sama2 kita berhijrah!
dengan hijrah yang diredhainya..
buang segala kekeruhan dalam hati..
maafkan setiap org disekelilingmu..nescaya, hatimu akan lebih terang dan tenang!

p/s; teruskan kerajinan mu menimba ilmu ya!
lagi2 ilmu agama..
ana tak layak nak jd contoh terbaik..
kerana ana juga bukan terbaik..


Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.

"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput."

"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. "

(Riwayat Bukhari)

...Salam yang takkan berakhir...
sekian..


Sunday, December 13, 2009

updates...

Salam,

Rasa sangat2 nak update blog ni..

Tapi, ketandusan idea maa...

erm...

oklah..cerita pengalaman pertama menaiki Air Asia..



Mula2 rasa sgt excited..

bila dia start engine tu, mulaa dah dub dab dub dab...

waktu nak naik tuh, dok rasa nk tercabut jantung..

Sebab, kita tak tahu apa yg akan berlaku 'dalam' perjalanan menuju ke destinasi..

Pelbagai kemungkinan...

Allah saja yg tahu..



Alhamdulillah,

part paling best sepanjang menaiki air asia ialah part mendarat..

Kapten Ram, mendarat dengan cemerlang sekali..!!

syabas!! tak rasa terhentak langsung..

rasa "nak naik lagi" ada laa..hehe...



Pagi nie, kak lang n anak2nyer pulak sampai..ngeh3...

baru meriah sket..

Wednesday, December 2, 2009

Sod Baa Ro yaa ieja..Takbir!!

Salam ukhuwah..

2 Disember 2009 bersamaan 15 Zulhijjah 1430



Hari ni ni adalah besday kawan saya yang baik iaitu Rohani Mohamed..

Seorang guru yg berdedikasi mengajar nun jauh di Sarawak..

Tapi sekarang ini dia sedang menikmati cuti2 Malaysia nya di Taiping, Perak..

Sanah hilwah anie! kullu 'am wa anti bikhair..

Maaf ya, tahun ni tak dapat nk bg hadiah..(sblm2 ni pun tak penah bg hadiah rasanya)

Tapi InsyaAllah, hadiah yg satu ini ana tak pernah lupa..

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud "Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan. Di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang diwakilkan itu akan berkata, "Amin dan bagimu juga seperti itu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Darda).

Terima kasih Allah, kerana Engkau mentaqdirkan Anie sebagai sahabatku..

Sod baa ro

Erm..disisi lain, saya tak sabar menunggu tarikh ituu...11/12/2009.....

Tak berapa lama lagi ianya akan sampai juaa...hukhuk

Sekian..

Tuesday, December 1, 2009

Watiqah buat pemaisuri....


Di musim2 cuti ni, ada ramai sahabat2 yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan, mungkin ramai yang mengimpikan saat bahagia ni..



Sekalung TAHNIAH ana ucapkan buat...

Ukhti Sakinah dan Akh. Samawi..
Ukhti Shirah dan ally..
Ukhti Nadiah dan Akh. Zaki..oppss..yg ni pengantin dah ada baby..kawen tahun lepas..(satgi tak wish merajuk plak)
Ukhti Fatimah dan Akh. Syafirul
Ukhti Aza dan suami
Ukhti Wan Shima dan Akh. Ramzi
dll...

Watikahnya...

Antara kekasih pilihan di hati suami,
Isteri yg berbudi dan pandai menghias diri,
Berwajah lembut, berpekerti tinggi, perhiasan duniawi..
Malu bertempat, kata berhemat, hati tulus suci dan murni...

Duhai permaisuri di hati suami,
Penghibur duka, pengubat lara, peneman setia, penyejuk mata..

Engkau umpama tongkat sibuta,
Penunjuk jalan dikala kebuntuan..
Pemberi semangat dan kekuatan..

Terima kasih pemaisuri, kau hadiahkan suamimu permata hati,
pahlawan dan srikandi penerus generasi..

Semoga dikau bahagia bersama, sampai kepadaNya di syurga sana...

Impian, harapan dan kenyataan..

Baru terbaca entry terbaru ustaz Hasrizal.

Tips yang ustaz kongsikan ialah bagaimana nak mengurangkan SEPATUTNYA dalam hidup..

Tips yang amat baik..

Kita tidak sepatutnya meletakkan harapan yg tinggi kepada bakal suami/isteri.kerana sekiranya harapan tersebut tidak dipenuhi, ianya bakal mendatangkan kekecewaan dan akhirnya boleh meretakkan dinding rumah tangga yg terbina..Analoginya mudah, "beri yg terbaik, kita akan dapat yg terbaik"..mudah bukan? ttp, walau semudah manapun analoginya, ia tidak akan menjadi realiti jika kita tidak mengalaminya sendiri.(err..pelik jer bnyi ayat ni).. Dan seterusnya mempraktikkannya..
huhh..gerun juga dibuatnya apabila difikir2kan..

Namun demikian, kerjasama kedua-dua pihak (suami dan isteri) amatlah diperlukan..Bak kata Ust. hasrizal,

“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga?”

Persoalannya, mampukah kita mempertahankan kerukunan rumah tangga kita? dan macam mana tu caranya ya?

“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!”

Indah sungguh kata-kata ini!!

Sifirnya lebih kurang begini: Ilmu + Iman - Nafsu = bahagia

Mabruuk 'alaikumm!!